Assalamualaikum & selamat sejahtera sahabat Alumni SAINA yang banyak budi,
Terima kasih atas sokongan terhadap kerja-kerja amal melalui Tabung Pembangunan SAINA selama ini.
INFAQ JUMAAT SERENDAH RM10 dibuka secara automatik setiap HARI JUMAAT. Infaq boleh disalurkan melalui secara terus di laman web Alumni SAINA melalui https://www.alumnisaina.org
INFAQ JUMAAT • Januari 2023
Infaq bulan ini dikhususkan untuk membiayai 4 buah penghawa dingin (daripada Alumni SAINA) untuk keselesaan jemaah Surau Al-Fathonah, SAINA.
Niat infaq – Sahaja aku infaqkan wang ini kepada pentadbir SAINA untuk membiayai penghawa dingin bagi manfaat jemaah Surau Al-Fathonah, SAINA kerana Allah Taala.
Agihan akan dijalankan pada awal bulan March 2023.
Semoga usaha amal kita semua diterima. Amin.
Ikhlas dan beramanah,
Alumni SAINA
*Berdasarkan maklumat terkini daripada PIBG SAINA pada 15 Jan 2023, sebuah penghawa dingin 6HP dianggarkan berharga RM 6,500 sekali dengan kos pemasangan. Ini bermakna sasaran telah meningkat kepada RM 26,000.
Never Miss News