About ALUMNI SAINA

PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA (ALUMNI SAINA)

“Tiada yang Lama, Tiadalah yang Baharu”

Segalanya bermula selepas peperiksaan SPM 1997 di mana beberapa orang bekas pelajar SAINA 97 telah melakukan aktiviti berbasikal di Pulau Langkawi, Kedah. Pada waktu itu, satu sesi perbincangan tentang idea penubuhan persatuan bekas pelajar telah dilontarkan. Visi dan misi utama untuk menubuhkan persatuan pada ketika itu adalah demi meyatupadukan komuniti bekas pelajar SAINA secara sihat dan untuk memberi sokongan kepada bekas pelajar SAINA di peringkat siswazah serta pascasiswazah. Teraju utama dan pencetus idea pada ketika ini adalah Saudara Amir Farid bin Abdul Majid (SAINA 97) dan Saudara Mohd Nurhakim bin Abd Sukur (SAINA 97). Penubuhan jawatankuasa penaja ini juga disokong penuh dan dibantu secara langsung oleh Pengetua Sekolah pada waktu itu iaitu Tuan Khalid bin Dan, Ustaz Ismail bin Haji Bakar dan Ustazah Habsah binti Sulaiman. Pada tahun 1998, dua lagi perjumpaan telah diadakan di Bukit Wang, Kedah dan di Rumah Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Perak, bagi membincangkan tentang langkah-langkah dan syarat bagi menubuhkan persatuan. Rentetan daripada 3 perjumpaan terdahulu, bersempena dengan Kem Motivasi Pelajar di sekolah pada waktu itu, satu jawatankuasa penaja telah diwujudkan pada 19 April 1999 melalui mesyuarat yang telah diadakan di Dewan Makan Asrama, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah.  Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Penaja yang pertama dibentuk pada tahun 1999: 

Presiden : Amir Farid bin Abdul Majid (SAINA 97).

Timbalan Presiden : Allahyarhamah Siti Norzikhan binti Sarbaini (SAINA 97)

Naib Presiden 1 : Wan Ida Emilia binti Wan Zainal (SAINA 97)

Naib Presiden 2 : Norazizone bin Norhan (SAINA 97)

Setiausaha : Asrul Sani bin Sobry (SAINA 97)

Penolong Setiausaha 1 : Nik Johari bin Nik Mat (SAINA 97)

Penolong Setiausaha 2 : Hairani binti Bahari (SAINA 97)

Bendahari : Nurul Fadlina binti Harun (SAINA 97)

Penolong Bendahari : Farid bin Abdul Rahim (SAINA 97)

Jawatankuasa penaja yang pertama ini tidak dapat meneruskan pendaftaran persatuan atas kekangan perlembagaan universiti yang tidak membenarkan mana-mana pelajar menubuhkan persatuan di luar kawasan universiti pada ketika itu.

Pada tahun 2003, perbincangan sekali lagi diadakan di Rumah Pegawai Daerah di Taman Negara, Pahang bagi mengadakan Program Sirih Pulang ke Gagang dan bertujuan untuk mengemaskini jawatankuasa penaja yang terdahulu bagi pendaftaran persatuan.

Jawatankuasa penaja yang pertama telah dikemaskini pada tahun 2004 melalui mesyuarat yang diadakan di Dewan Makan Asrama, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SAINA), Kedah, bersempena dengan ‘Majlis Sirih Pulang ke Gagang 2004’ pada 17 dan 18 April 2004. Barisan Jawatankuasa Penaja pada tahun 2004 adalah seperti berikut : 

Pengerusi : Amir Farid bin Abdul Majid (SAINA 97)

Timbalan Pengerusi 1 : Norazizone bin Norhan (SAINA 97)

Timbalan Pengerusi 2 : Farahwahida binti Kamaruddin (SAINA 97)

Setiausaha : Asrul Sani bin Sobry (SAINA 97)

Penolong Setiausaha : Amniza binti Ahmad (SAINA 97)

Bendahari : Rohayu binti Shaari (SAINA 98)

Timbalan Bendahari : Nurul Fadlina binti Harun (SAINA 97)

 Jawatankuasa ini telah berjaya mendaftarkan persatuan di Negeri Kedah pada 2 Februari 2006 atas nama Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah dengan nombor pendaftaran 0027-06-KDH dan beralamat di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, 06400 Pokok Sena, Kedah. Ahli Jawatankuasa Pertama bagi persatuan pada tahun 2006 adalah seperti berikut : 

Pengerusi :  Mohd Nurhakim bin Abd Sukur (SAINA 97)

Timbalan Pengerusi : Norazizone bin Norhan (SAINA 97)

Setiausaha : Amniza binti Ahmad (SAINA 97)

Bendahari : Abdul Baset bin Abdullah (SAINA 97)

Banyak aktiviti yang telah dijalankan setelah terbentuknya persatuan alumni ini.  Antara program-program yang telah dijalankan adalah: 

  • Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Alumni yang pertama  kelolaan Saudara Azmir bin Abdul Wahab (SAINA 97) di Restoran Nelayan Titiwangsa, Kuala Lumpur.
  • Pertandingan bowling Alumni “interbatch” di Sunway Pyramid.
  • Program Kem Jejak Bestari (yang diadakan pada setiap tahun).
  • Pembentukan Pasukan Sukan Alumni bagi acara hoki, futsal, bolasepak, bola keranjang dan ragbi.
  • Pemberian sumbangan kepada pihak SAINA untuk kegunaan kegiatan pelajar-pelajar dalam misi kemanusiaan serta R&D (Research and Development).
  • Hi- Tea Gathering.
  • Lawatan muhibah terhadap bekas guru-guru SAINA yang telah bersara. 
  • Mewujudkan website alumni yang pertama – “www.solmate.my”, “Facebook Saina Community Group” dan “Facebook Page Persatuan Alumni Saina”.

Pada tahun 2007, mesyuarat agung tahunan telah diadakan di Resort Intekma, Shah Alam dengan kehadiran lebih kurang 50 orang ahli, dan jawatankuasa yang sedia ada telah dikekalkan. 

Pada 26 November 2011, satu lagi mesyuarat agung tahunan telah diadakan di Restoran Nelayan Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ahli Jawatankuasa yang baru telah dilantik seperti berikut:

Pengerusi : Mohd Nurhakim bin Abd Sukur (SAINA 97)

Naib Pengerusi : Norazizone bin Norhan (SAINA 97)

Setiausaha : Abdul Baset bin Abdullah (SAINA 97)

Penolong Setiausaha : Amniza binti Ahmad (SAINA 97)

Bendahari : Nor Azman bin Rustam (SAINA 97)

Akaun persatuan (melalui CIMB Bank) telah didaftarkan dengan jayanya buat kali pertama pada tahun 2012. 

Walaupun komitmen yang diberikan tidak berbelah bagi, pendaftaran persatuan ini terbatal pada tahun 2014 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, usaha bekas-bekas pelajar SAINA tidak terhenti di situ. Jawatankuasa penaja yang kedua telah ditubuhkan pada awal tahun 2016. Barisan jawatankuasa penaja ini adalah seperti berikut : 

Pengerusi : Mohd Nurhakim bin Abdul Sukur (SAINA 97)

Timbalan Pengerusi : Ahmad Feizal Hazrik bin Ahmad Rosdi (ROYALE 98)

Setiausaha : Norazizone bin Norhan (SAINA 97)

Penolong Setiausaha : Nurulashikin binti Ishak (SAINA 99)

Bendahari : Nor Azman bin Rustam (SAINA 97)

Penolong Bendahari : Solha binti Ramli (ENIGMA 03)

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (Alumni SAINA) akhirnya telah berjaya didaftarkan di Negeri Selangor dan beralamat di 1-02-01 & 1-03-03, Presint Alami No 2, Jalan Persiaran Akuatik Seksyen 13, 40675 Shah Alam, pada 30 April 2016 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-30042016; hasil perbincangan dan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa penaja yang kedua. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Pertama telah berlangsung pada hari yang sama bertempat di Dewan Sri Angsana, SAINA dan telah dihadiri oleh seramai 50 orang bekas pelajar.   

Logo Persatuan Alumni SAINA juga buat pertama kalinya telah diperkenalkan pada mesyuarat ini. Pemilihan logo Alumni SAINA telah dipilih melalui satu pertandingan mencipta logo yang telah diadakan pada masa tersebut. Hasil daripada pertandingan ini, Logo Alumni SAINA telah tercipta atas ilham  Saudari Noor Arfah binti Ishak (SAINA 99).  

Organisasi Alumni SAINA bagi sesi 2016-2018 adalah seperti berikut: 

Pengerusi : Ahmad Feizal Hazrik bin Ahmad Rosdi (ROYALE 98)

Timbalan Pengerusi : Norazizone bin Norhan (SAINA 97)

Setiausaha : Juzaili bin Azmi (ENIGMA 03)

Naib Setiausaha : Nurulashikin binti Ishak (SAINA 99)

Bendahari : Solha binti Ramli (ENIGMA 03)

Naib Bendahari : Ruth Sabrina binti Safferi (SAINA 97)

Ahli-ahli Jawatankuasa : 

  • Komunikasi Strategik : Mohd Azridz bin Mohd Radzuan (ROYALE 98)
  • Sukan dan Rekreasi : Muhammad Khairul Anwar bin Ibrahim (PANGLIMA 01)
  • Kebajikan : Mohammad Fazli bin Sahbuddin (OPTIMA 02)
  • Hubungan Industri dan Masyarakat : Mohd Nurhakim bin Abdul Sukur (SAINA 97)
  • Pembangunan Insaniah : Nasyrul Arafat bin Abdul Mutalib (SAINA 97)
  • Ekonomi dan Keusahawan : Nor Azman bin Rustam (SAINA 97)
  • Rekod dan Keahlian : Muhammad Farooq bin Salehuddin (SAINA 99)

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang pentadbiran alumni yang baharu ini. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut: 

  • Penajaan dua buah televisyen LCD dan sejumlah wang tunai untuk pembiayaan kemudahan Bilik Pintar SAINA 2016
  • Soal selidik tentang kerjaya bekas pelajar-pelajar SAINA
  • Program “Career Talk-What’s Next after SPM?” 2016
  • Sumbangan Al-Quran terjemahan kepada pelajar-pelajar SAINA 2016
  • Sumbangan Program Pembaharuan Cat Surau Al-Fathonah 2017
  • Program Kepimpinan Pengawas SAINA 2017

Seterusnya, Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kedua telah diadakan pada 27 Julai 2018 di Ruang, Shah Alam, Selangor. Barisan kepimpinan Alumni SAINA bagi sesi 2018-2020 adalah seperti berikut : 

Pengerusi : Mohd Azridz bin Mohd Radzuan (ROYALE 98)

Timbalan Pengerusi : Juzaili bin Azmi (ENIGMA 03)

Setiausaha : Halian Fadzli Shah bin Ab Halim (ROYALE 98)

Naib Setiausaha : Rosshidi Hezrimi bin Taharim (PIONEER 00)

Bendahari : Hafizudin bin Zakaria (ENIGMA 03)

Ahli-ahli Jawatankuasa: 

  • Media : Mohd Fadlisham bin Fadzil (PIONEER 00)
  • Sukan : Izharul Khairi bin Taharuddin (DA X GENERATION 06)
  • Kebajikan : Ruth Sabrina binti Safferi (SAINA 97)
  • Rekreasi : Mohamad Hisham bin Hashim (FREEDOM360 07)
  • Pembangunan SAINA : Mohd Fahmy Izzudin bin Mad Nor (ROYALE 98)
  • Ekonomi  : Irwan bin Ibrahim (ENIGMA 03)
  • Keahlian : Nurulashikhin binti Ishak (SAINA 99)

Tonggak kepimpinan baharu Alumni SAINA telah memperkenalkan visi dan misi yang jelas bagi persatuan. Visi Alumni SAINA adalah untuk menjadi Alumni Sekolah Menengah Sains Terbaik di Malaysia. Manakala misi Alumni SAINA pula adalah untuk memastikan Alumni SAINA ditadbir secara profesional, cekap dan mempunyai penyimpanan rekod yang teratur.

Antara aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2018 adalah seperti berikut: 

  • Mewujudkan Anugerah “Old Sainarian of the Year Award” (OSOTYA) 2018 
  • Pelancaran kempen “Old Sainarians – Alumni Reconnect” 
  • Lawatan Rasmi Alumni SAINA ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena
  • Lawatan ke bilik sakit SAINA.
  • Pelancaran Tabung Pembangunan SAINA (TPS)
  • Pengumpulan wakil tahun bekas pelajar dari tahun 1997 sehingga 2018
  • “Alumni Reconnect 2018”
  • Pelancaran “Merchandise” Alumni SAINA
  • Pelancaran “Website” rasmi Alumni SAINA
  • Mewujudkan Sumbangan Khairat Kematian bagi ahli seumur hidup Alumni SAINA
  • Pengumpulan sukarelawan bagi kursus motivasi pelajar SAINA 2019.

Alumni SAINA sedar akan tanggungjawab sosial yang tergalas di bahu. Sumbangan dan bantuan akan terus cuba diberikan dari semasa ke semasa bagi ahli-ahli dan pelajar-pelajar SAINA yang memerlukan bantuan dan sokongan dari pelbagai aspek. Adalah menjadi aspirasi Alumni SAINA untuk menjadi sebuah persatuan alumni yang disegani di kalangan alumni-alumni sekolah di Malaysia. Kerjasama setiap ahli dalam menjayakan aspirasi Alumni SAINA adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.