Medic Chapters

Objektif :
1. Memberikan sokongan dari segi latihan pertolongan cemas asas dan CPR untuk pelajar SAINA dan juga Staf SAINA.
2. Memberikan sokongan perlindungan perubatan asas (medical standby) yang melibatkan program di bawah Persatuan Alumni Saina (tidak termasuk perlindungan VIP/VVIP).
3. Menyediakan fasilitator dan penceramah untuk program “career talk” di SAINA jika diperlukan bagi bidang perubatan dan kesihatan.
4. Memberikan sokongan dari segi konsultasi dan penyediaan peralatan yang diperlukan untuk pertolongan cemas asas.
5. Menjadikan bilik sakit sekolah dan asrama sebagai bilik angkat dan mengubahsuai bilik sakit berkenaan supaya lebih kondusif untuk kegunaan pelajar di masa hadapan.

Siapa yang boleh menyertai?

Kesemua Old Sainarians, sama ada ahli atau bukan ahli persatuan, sama ada di dalam negara atau di luar negara, seperti kategori di bawah:
– Pensyarah klinikal dan bukan klinikal perubatan, pergigian dan kesihatan
– Pegawai perubatan, pergigian dan veterinari
– Pegawai dan penolong pegawai farmasi
– Penolong pegawai perubatan dan pergigian
– Jururawat pelbagai kategori
– Fisioterapis pelbagai kategori
– Pegawai dan penolong pegawai pemakanan
– Pegawai sains sukan
– Pegawai sains makmal perubatan dan juruteknologi makmal perubatan
– Pegawai sains radiologi, radiografer, juruteknologi radiologi
– Para pelajar dalam kesemua bidang di atas.

** Penyertaan adalah secara sukarela.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Medic Chapter bagi tahun 2019-2020

  1. Little Anne BLS Manniquine Procurement sponsored by Saina 1997 for BLS Training – Alumni and Saina Students activities.
  2. Sumbangan peralatan Pertolongan Asas bagi PBSM Saina.
  3. Sumbangan consumables dan poster kesihatan bagi Bilik Sakit SAINA.
  4. Sumbangan hand sanitizers, face masks dan infrared thermometer kepada SAINA bagi Fasa 1 dan Fasa 2.
  5. Medic Outreach Program bagi hospital terpilih di Malaysia dan sumbangan peralatan bagi membantu perawatan Covid 19.

Sila klik link atau scan QR code seperti di bawah untuk mengisi borang “Medic Chapter”.