Penamaan Calon Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Saina 2020-2022 [Dikemaskini 7 Oct, 6.55PM]
JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG KHAS 2020 PERSATUAN ALUMNI SAINA
Assalamualaikum WBT,
Berdasarkan pengumuman SPR tempoh hari sewaktu AGM dan selari dengan penerangan ROS pada 26 Ogos 2020, sekiranya terdapat kekosongan jawatan di dalam Alumni SAINA, satu Mesyuarat Agung Khas perlulah diadakan untuk memilih jawatan-jawatan yang masih kosong.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Khas 2020 Persatuan Alumni Saina akan diadakan dan butiran mesyuarat adalah seperti berikut :
Tarikh : 17 Oktober 2020
Hari : Sabtu
Waktu : 2 Petang
Platform : Online (URL akan diberikan kemudian melalui FB rasmi persatuan)
Sehubungan itu, saudara / saudari dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Agenda yang akan dibincangkan pada mesyuarat ini adalah :
1. Pengundian dan pemilihan bagi jawatan Penolong Setiausaha Persatuan
2. Pengundian dan pemilihan bagi Ahli Jawatankuasa Persatuan
3. Lain-lain perkara berbangkit
Pihak sekretariat pilihan raya Persatuan Alumni Saina telah menyediakan borang melalui platform Google Form bagi pencalonan calon-calon jawatan di atas. Anda boleh menghubungi wakil seketariat pilihanraya di talian 011-11142572( En. Amir). Setiap pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap di dalam Google Form melalui link ini - https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfqw_h7cbU8y5JkWR0YpJ_2dedWI_7T_YOLWt0t6ozmk0GOAw/viewform?vc=0&c=0&w=1&flr=0&gxids=7757
Borang yang telah lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada jam 10 malam, 15 Oktober 2020. Sebarang kelewatan menghantar borang pencalonan adalah tidak diterima.
** HANYA AHLI-AHLI YANG BERDAFTAR & AKTIF YANG TELAH MEMBAYAR YURAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2020 LAYAK UNTUK DICALONKAN DAN MENGUNDI.
Sekian, Terima Kasih.
Sekretariat Pilihan Raya,
Persatuan Alumni Saina 2020 ... See more
Borang ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2020 jam 10 malam