Persatuan Alumni SAINA
  • Home
  • About
    • About SAINA
    • About ALUMNI SAINA
    • Constitution of Alumni SAINA
    • Annual Report
  • Join Us
    • Become A Member
  • News
  • Our Connection
  • Contribution
    • Tabung Pembangunan SAINA
  • Merchandise
  • Contact
  • Official Facebook
0

Shop

Home / Shop

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Facebook feed

September 6, 2022

UCAPAN PERTAMA PRESIDEN ALUMNI SAINA SESI 2022-2024

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Amanah dipatuh

1. Saya mewakili kepimpinan baru dengan rendah diri memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dipilih oleh rakan-rakan Alumni untuk memimpin Persatuan Alumni SAINA. Insha-Allah, amanah yang diberi dipatuh

2. Kejayaan yang dikecapi kita hari ini adalah hasil kepimpinan kepimpinan dan kekuatan ahli-ahli Alumni. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin peneraju Alumni SAINA seperti Tuan Amir Farid (SAINA 97), Tuan Mohd Nurhakim (SAINA 97), Tuan Ahmad Feizal Hazrik (ROYALE 98), Tuan Mohd Azridz (ROYALE 98) serta barisan-barisan kepimpinan yang tidak jemu menyokong Alumni SAINA. Terima kasih atas dukungan dan sokongan berterusan anda semua.

Alumni SAINA sebagai wadah penghubung

3. Sejak pandemik Covid-19, kita menyaksikan krisis dunia yang berangkai dan pelbagai. Ada rakan-rakan yang ditimpa pelbagai cabaran dan persaingan semakin sengit. Dalam masa yang sama, banyak peluang baru terbuka.

4. Dalam mendepani cabaran ini, kekuatan sesebuah masyarakat itu perlu dan terletak kepada perpaduan ahlinya. Perpaduan itu wujud berdasarkan matlamat bersama yang direalisasikan melalui pengalaman yang tercipta.

5. Persatuan Alumni SAINA adalah sebuah wadah penghubung bekas-bekas pelajar SAINA di serata dunia. Kita akan terus mengekalkan hubungan dengan kesemua wakil batch sejak tahun 1997.

Gagasan SAINA Moving Forward Together

6. Gagasan SAINA Moving Forward Together telah dilancarkan oleh SAINA Tripartite yang terdiri daripada Alumni SAINA, Pengurusan SAINA dan juga PIBG SAINA, sempena Sambutan Jubli Perak SAINA. Ia merupakan gagasan yang diangkat di sekolah dan luar sekolah.

7. Dengan semangat SAINA Moving Forward Together, kita akan mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu mencipta lebih banyak pengalaman di sekolah dan luar sekolah

8. Di sekolah, kita akan meneruskan program Tabung Pembangunan SAINA, mengukuhkan penjenamaan keluarga SAINA dan menambahbaik program akademik serta keceriaan sekolah. Kita akan mencipta lebih banyak peluang untuk ahli-ahli menyumbang secara terus kepada adik-adik di sekolah melalui Tabung Pembangunan SAINA.

9. Pasca pandemik, kita akan menghidupkan kembali program di luar sekolah untuk ahli-ahli Alumni SAINA. Antaranya SAINA Homecoming, mewujudkan dana aktiviti rekreasi serta mengukuhkan jaringan SAINA Business Network. Kita akan juga mengenalpasti program-program signature yang kita akan kekalkan sebagai ‘signature program’ untuk kelangsungan.

Manifetasi sokongan anda

10. Rancangan ini hanya memberi impak dengan kehadiran jauh atau dekat anda serta sokongan anda sama ada masa, kepakaran mahupun wang ringgit.
11. Sesungguhnya, kita mampu membawa keluarga SAINA ke tempat lebih tinggi. Marilah bersama-sama membina hubungan dengan semangat SAINA Moving Forward Together.
12. Pintu Alumni SAINA senantiasa terbuka untuk semua yang ingin menambah nilai bersama.

Sekian, terima kasih
M Wafi B Muhamed
Presiden dan ahli jawatankuasa 2022-2024
Persatuan Alumni SAINA
... See more

View on facebook
« ‹ 9 of 10 › »

Like Us On Facebook

  • Facebook

Follow Us on IG

  • Instagram

Contact us

Hotline : +6011-654 06400 (Call/Whatsapp)

Email : alumnisaina@gmail.com

 

Persatuan Alumni SAINA
© Persatuan Alumni SAINA 2020. Businessx theme designed by Acosmin.