Tabung Pembangunan SAINA

TABUNG PEMBANGUNAN SAINA

TABUNG PEMBANGUNAN SAINA (TPS) telah dicadangkan semasa meyuarat kali pertama MT & AJK Persatuan Alumni SAINA bagi Sesi 2018-2020 pada bulan Ogos 2018. Tabung ini hanya boleh digunakan untuk manfaat pelajar-pelajar SAINA sahaja. Di antara objektif penubuhan tabung ini adalah untuk membolehkan Persatuan Alumni SAINA mengumpulkan dana bagi kegunaan pelajar-pelajar SAINA pada tahun semasa daripada Alumni SAINA (sama ada ahli atau bukan ahli), penyumbang bukan Alumni dan juga tajaan pihak syarikat korporat. Di antara kegunaan TPS yag dikenalpasti merangkumi :

  1. kursus pemantapan akademik pelajar yang melibatkan fasilitator luar
    2. kursus motivasi pelajar untuk PT3 dan SPM
    3. kursus atau klinik sukan yang melibatkan pelajar
    4. lawatan sambil belajar pelajar
    5. pasukan pelajar yang mewakili sekolah untuk apa-apa pertandingan akademik dan kokurikulum.
    6. pembaikan fasiliti sekolah yang dikenalpasti Alumni.
    7. program pertukaran pelajar ke luar negara
    8. dermasiswa kepada pelajar sekolah yang memerlukan
    9. kecelakaan atau kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar SAINA sebagai sumbangan adhoc Alumni
    10. Sumbangan tahunan untuk SOTYA Award

Kesemua indikasi di atas walau bagaimanapun tertakluk kepada kedudukan kewangan tabung semasa dan perbincangan lanjut di antara MT & AJK Persatuan Alumni SAINA bagi kelulusan dan jumlah sumbangan.

Di antara aktiviti-aktiviti yang mendapat manfaat daripada Tabung Pembangunan SAINA ini yang juga mendapat kerjasama terus dari batch-batch alumni sepanjang 2019-2020 adalah:

  1. Sumbangan peralatan bilik sakit sekolah dan PBSM
  2. Sumbangan Fasa 1 – Fasa 3 Galeri SAINA
  3. Sumbangan Pembangunan Pasukan R&D SAINA
  4. Sumbangan bagi Pemenang SOTYA 2019
  5. Sumbangan Peralatan audiovisual di Surau Al Fathonah SAINA
  6. Sumbangan Adik Farhana for JENEYS
  7. Sumbangan Big SAINA Batch Logo di pintu masuk SAINA
  8. Sumbangan Dana Pendingin Hawa Surau Al-Fathonah
  9. Sumbangan Dana Latih Tubi Pelajar Tingkatan 5 dan Program Perfect Score Tingkatan 5
  10. Sumbangan Fasa 1 dan Fasa 2 Bilik SAINA One Stop Learning Centre (SOSLC)
  11. Sumbangan Naiktaraf Bilik Bahasa Jepun SAINA
  12. Sumbangan derma kilat bencana bagi Pelajar-pelajar SAINA yang diberitahu oleh pihak SAINA

Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada kesemua pihak untuk Tabung Pembangunan SAINA ini. Tiada tempoh had masa bagi sumbangan ini. Ayuh setiap batch Alumni SAINA sekalian untuk berganding bahu menyumbang kepada tabung ini.  Segala sumbangan boleh dibuat melalui:

BANK ISLAM
PERSATUAN ALUMNI SAINA
140 140 101 521 25
Catatan rujukan/reference pada resit transaksi : TPS (WAJIB)
E-mailkan resit ke : [email protected] (WAJIB)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Alumni SAINA di talian whatsapp rasmi alumni : +6011-6540 6400.

TERIMA KASIH.

****Bagi wakil-wakil batch dan alumni persendirian yang ingin mengetahui atau menyumbang secara terus kepada projek-projek pembangunan sekolah yang dikenalpasti oleh Alumni, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami melalui talian telefon dan e mail rasmi tertera di atas untuk maklumat lanjut berkenaan dengan projek-projek yang bakal dijalankan. Projek-projek baru juga akan dimaklumkan dari masa ke semasa di dalam FB Page Persatuan Alumni SAINA.

 

PERSATUAN ALUMNI SAINA

SESI 2020/2022

#Thisissaina